in

Maher Zain Kembali Untuk Konsert Jelajah Malaysia! Dapatkan Tiket Di Sini

Penyanyi R&B Sweden keturunan Lubnan bakal menghiburkan lebih 50,000 peminat setia sempena konsert Jelajah Malaysia bermula 9 Mac 2019.

Artis yang meraih populariti dengan lagu-lagu seperti Insha Allah dan The Chosen One daripada album sulungnya Thank You Allah pada tahun 2009, akan memulakan konsert kembaranya di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 9 Mac, diikuti Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru (15 Mac), Spice Arena, Pulau Pinang (16 Mac) dan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu (17 Mac).

Selain menjadi selebriti yang paling dicari menerusi Google di Malaysia pada tahun 2010, artis 37 tahun ini mempunyai ramai peminat hinggakan dia turut merekod lagu Insha Allah and For The Rest Of My Life dalam Bahasa Malaysia. Album Thank You Allah dianugerahi beberapa rekod platinum oleh Warner Music Malaysia setelah meraih jualan album tertinggi di negara pada tahun 2010.

Walaupun kebanyakan lagunya dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris, Maher turut merekod lagu popular dalam Bahasa lain seperti Perancis, Arab, Turki, Indonesia dan Urdu.

Artis ini pernah ke Malaysia pada tahun 2016 untuk mempromosikan album ketiganya One.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat persembahan Maher Zain secara live! Dapatkan tiket anda di tixmalaysia.com sekarang. Ahli AirAsia BIG boleh menikmati diskaun 10% untuk semua tiket dengan menggunakan kod promo BIG10.

What do you think?

Why Playing with Mud is a Must-Do in Nha Trang, Vietnam

Maher Zain Returns to Malaysia for an Epic Tour Round the Country! Get Tickets Here